Thursday, April 3, 2014

Keikhlasan Pejuang Terus Diuji


Perjuangan untuk memartabatkan Islam sebagai syariat terus dicabar oleh musuh-musuh di kalangan mereka yang jahil, dengki dan musrikin. Puluhan tahun Islam yang diruntuhkan oleh umatnya mahupun musuh cuba dihidup suburkan oleh para mujaddid dan mujtahid serta umatnya dikalangan para pengamal dan pejuang agama yang suci ini (Islam).


Hassan Al-Banna as Syahid dan para pejuang yang telah membawa obor baru kepada ummat, terus melangkah dan mengajak masyarakat kepada amal Islami yang syamil dan kamil. Namun sering juga berdepan dengan ujian dan mehnah. Kebenaran yang jelas yang didakwahkan, tidak memberikan manfaat kepada mereka yang berkepentingan dan sering dimusuhi akan para pendokong fikrah Ikhwan itu.


Ikhwan menyeru kepada Iman yang bersih dan amal yang berterusan. Mengajak ummat agar kembali kepada fitrah iaitu kepada akidah yang sejahtera, ibadah yang benar dan jihat yang menyeluruh. Agar ma'aruf al-akbar dapat ditegakkan dan tiada lagi fitnah dikalangan manusia. Namun jahiliyah moden terus ganas menerpa dan memamah umat manusia serta dikalangan umat Islam yang alpa.



Mereka yang berkepentingan dikalangan umat, tidak kurang menjadi tunggangan kepada musuh-musuh Islam. DI Mesir, Dr Mursi yang terang-terang baik akhlak dan bersih ibadahnya, yang dipilih secara demokratik oleh rakyatnya yang telah puluhan tahun ditindas. Mursi telah berjaya membawa sinar harapan dengan peningkatan ekonomi rakyat, pembelaan sosial dan keadilan pasa julai 2013 telah dirampas kuasanya dan ramai pemimpin ikhwan yang ditangkap dan dilayan dengan buruk serta dipenjara dan dijatuhi hukuman bunuh walaupun tidak sabit langsung akan pertuduhan rejim Assissi yang zalim.


Namun dek kerana tarbiyah Ikhwan yang menyeluruh dan mantap yang dilalui oleh para pejuang, pemimpin dan pengikutnya, keikhlasan mereka sukar digugat oleh Asissi dan kuncu-kuncunya. Pelbagai rekaan dan tohmahan palsu di sebarkan melalui pelbagai media dalaman mesir mahupun dari barat yang berusaha mengaitkan ikhwan dengan keganasan, namun usaha mereka sia-sia belaka. Ikhwan bukan calang-calang organisasi yang boleh dicabar keikhlasan para pemimpin dan pengikutnya. Manhaj tarbiyah yang bersumberkan Qur'an dan Sunnah, sangat bertepatan di dalam mentarbiyah mereka melalui kaedah-kaedah tarbiyah yang mendalam dan berterusan. Itulah bentuk tarbiyah yang dilalui oleh para sahabat ketika bersama Rasulullah saw.

Tarbiyah yang akan terus teguh walaupun ujian keikhlasan datang bertubi-tubi. Semoga gerakan Islam terus maju dan Islam akan dijulang segera.


No comments:

Post a Comment