Thursday, August 29, 2013

Ramadhan Di Serikan dengan Imam-imam Muda Gaza





Semarak Ramadhan Penjawat Awam Keningau telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Negeri Sabah daerah Keningau dan dihadiri oleh penjawat-penjawat awam. Majlis adalah dengan kerjasama Aqsa Syarif, Jabatan Hel Ehwal Islam negeri Sabah dan Perpustakaan dengan diahdiri oleh Imam A Hamid AL-Hafif, De Mohd Zin dan Ketua Sekretariat AQSA Keningau, Sdr Fadly Hasbi.

Imam A hamid memberikan ceramah berkaitan Ramadhan dan Keadan semasa di Palestin, manakala Dr Mohd Zin (Ahli Pemegang Amanah AQSA) menerangkan kejayaan projek-projek sumbangan rakyat Malaysia Aqsa Syarif di Gaza dan inisiatif terkini bersempena Ramadhan. 

Penjawat-penjawat awam membawa balik sampul-sampul berisi brochure projek Ramadhan yang diterima dari AQSA bagi menjalankan kutipan di pejabat masing-masing. Alhamdulillah dan tahniah di atas kerjasama mantap penjawat-penjawat awam di Keningau Sabah.



SMKA Tun Datu Mustafa menjadi persinggahan Imam Abdul hamid al-Hafiz jumaat lalu dan murid-murid serta guru-guru sempat mendengar tazkirah di samping menjadi makmum solat Jumaat. Turut hadir ialah pengetua sekolah. Tahniah.

Singgah di SMKA Ranau menuju Kundasang

Updated about a month ago
Alhamdulillah Imam Syeikh Abdul Hamid al-Mughribi al-Hafiz sempat kami bawa singgah di SMKA Ranau pada waktu solat zuhur 25 jul lalu.

Disambut guru-guru dan murid-murid dengan penuh kegirangan. Kutipan kilat menghampiri RM2,000. Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment