Thursday, August 29, 2013

Ramadhan di Datong China Bersempena SDC 2013


Ramadhan tahun ini, Alllah swt beri kesempatan berpuasa di negeri China dan masa yang ada dimanfaatkan bertemu saudara-saudara Islam di Datong China.

Alhamdulillah masa yang ada dapat kesempatan solat tarawih, dapat iftar dan sahur sekali di Masjid Besar Datong.

Diimami oleh Imam Hassan dan dihadiri hampir penuh masjid di bangunan utama. 20 rekaat dengan 3 rekaat witir.
Masjid besar Datong ini mempunyai 1 dewan solat yang besar di tengah-tengah dan dua dewan solat berasingan di sebalah kanan dan kiri. Iaitu satu untuk wanita (kiri) dan di sebelak kanan untuk solat tambahan laki-laki. 

Muslimat turut hadir bersolat tarawih di masjid Datong.

Alhamdulillah, nikmat menjadi muslim. di mana-mana jua kita berada jika kita usaha cari akan kita temui masyarakat Islam yang mengamalkan ajaran Allah sebaik-baiknya. Mereka mengamalkan akhlak Islam, syariat Islam dan ibadah sebagaimana yang ajarkan oleh Rasulullah saw dan diamalkan oleh seluruh umat Islam. Sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan kecil dalam aspek amalan tetapi ianya tidak mencacatkan fardhu dalam beramal. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar. Semoga Islam terus berkembang di negeri China ini.

https://www.facebook.com/drzin2000/media_set?set=a.703815276302593.1073741873.100000223811259&type=3

BERBUKA PUASA DI MASJID DATONG

Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan berpuasa di Datong China. Sahur sekitar jam 3.00 padi di masjid di Datong dan berbuka sekitar jam 7.30malam. Saya berkesempatan berbuka puasaa bersama saudara-saudara Islam China di Datong. Sekitar 100,000 penduduk beragama Islam di Datong Sahaja. Juadah istimewa ialah apam (pau)vberintikan daging lembu.


KOMUNI ISLAM BERGOTONG ROYONG DI DATONG

Alhamdulillah tahun ini berkesempatan menjalanai Ramadhan AL-Mubarak di Datong China bersempena tugasan rasmi UTM. Berkesempatan menyelami kehidupan masyarakat Islam Datong. Sungguh mengujakan dan teras sungguh bahawa kita adalah satu Ummah. Satu aqidah yang suci... terasa semacam berada di kampung halaman sendiri. Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.







EID MUBARAK DI DATONG

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...! Allahukabar Walillahil Hamd..! 1 Syawal yang menjelang tahun ini sungguh menguja hati dan perasaan. Sebulan berpuasa dilalui dengan penuh kesungguhan dan kini Allah kurniakan seluruh umat hari kegembiraan, hari kemenangan, hari kembali kepada fitrah...!

Tidak ketinggalan bagi penduduk Islam Datong China yang bersyahadah dan beragama Islam, mereka sejak sebelum jam 8.00 pagu sudah bersiap dan menuju Masjid Besar Datong dengan pakaian bersih cantik dan berkopiah serta bertudung bagi yang wanita.

Kami dari UTM Johor yang menyertai Solar Decathlon China 2013 di bandar Datong tidak ketinggalan bergegas mencari taxi menuju masjid Datong yang penuh keberkatan.

Mungkin mencecah lebih dua ribu umat Islam yang memenuhi perkarangan dan dewan utama masjid Besar Datong ... sama-sama bertakbir dan mendengar tazkirah serta khutbah dari Imam Al-haj Sheikh Hassan iaitu Imam besar Datong.

Suasana meriah dan gembira dengan kata-kata salam, alhamdulillah, subhanallah dan Allahuakbar.

Kami peserta2 SDC2013 sempat membuat kutipan kilat mendermakan wang Yuen kepada pihak masjid yang kami sampaikan melalui Sheikh Imam Hassan. Juga ada di kalangan ahli yang menunaikan zakat simpanan melalui imam di masjid ini.

Semoga setiap amalan di terima ALlah dan Ramadhan yang baru berlalu membekaskan taqwa di dalam hidup umat ini.

No comments:

Post a Comment