Thursday, August 29, 2013

Menyertai Solar Decathlon China 2013


SDC 2013 : Majlis Perasmian, Pemangku VC UTM Turut Hadir

Solar Decathlon 2013, iaitu suatu program besar pertandingan rekabentuk dan membina rumah bertenaga solar telah dirasmikan pada Jumaat 2 Ogos 2013.
19 kumpulan berjaya keperingkat akhir termasuk peserta UTM yang mewakili negara. 4 kumpulan mengundurkan diri, di antaranya Turki dan Mesir.

Pertandingan rumah bertenaga solar ini akan diadili oleh beberapa kumpulan juri sehingga 10 Ogos 2013.

Pada masa yang sama, rumah-rumah prototype yang dibina turut di buka kepada orang ramai untuk melawat.

Beberapa kritera ditentukan termasuk penggunaan pelbagai alatan di dalam rumah di nilai oleh para kumpulan juri bagi mencari model rumah yang terbaik dari segi penjanaan tenaga suria dan penggunaan tenga yang rendah melalui penggunaan alatan cekap tenaga dan rekabentuk yang berteraskan iklim.

Kumpulan TEAM UTM SOLAR HOME diketuai oleh Prof Dr Muhd Zaimi Abd Majid dan dibantu oleh ketua-ketua bidang seperti Seni Bina, Struktur & Awam, M&E dan Tenaga.

Turut hadir di majlis perasmian yang di adakan di Bandar Datong China ialah Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan bebeapa pegawai kanan UTM serta attache di pejabat kedutaan Malaysia di China.

Beliau sempat melawat rumah UTM Solar Home dan berbuka puasa bersama para delegasi peserta UTM yang menyertai pertandingan tersebut.











No comments:

Post a Comment