Sunday, May 5, 2013

NEGARA KU TANGGUNGJAWAB KU


NEGARA KU TANGGUNGJAWAB KU
(PANTUN PRU13)

Kulihat diriku yang serba kurang
Berkaki ayam pagi dan petang
Takdir ketekunan kearah cemerlang
Dari menara gading ke negara orang

PhD diraih kerana ilahi
rezeki dari negara dicintai
Tidak sekali negara diingkari
Malah perlu dicurahkan bakti

Telah ku jelajahi sebahagian dunia
Di Barat dan Timur ada baik buruknya
Apakah tercapaii wawasan negara
Jika dikorban tata susila

Mengapa jatuh Saddam, Gadafi dan Hosni
Kerana angkuh, korupsi, kroni dan konspirasi 
Memang tertulis di Qur’an yang suci
Penyeleweng dan penindas pasti ditamati

KLCC berdiri megah
Tinggi lagi Burj Al-Khalifah 
USA zalim menerima padah 
NY twin tower diserang rebah

Misi Aqsa2Gaza membela perjuangan
Merentas Eropah, Turki dan Syria
Al-Arish dijejaki sekatan Rafah di tawan
Disitulah hakakt perjuangan tulin dipersada

Prasarana IT canggih sekali, 
Membina hidup untuk berdikari
menyambung hidup memelihara kendiri
Agar nanti diredhai Ilahi

Anak dan generasi terus teruji
Tak kurang yang tersungkur dan terguling mati
Dek kerana negara menjadikan ekonomi
Agar menjadi negara dikenali

Ku baca ku teliti bertahun berganti
Mengharap negara sejahtera dan berintigriti 
Laungan transformasi kuat sekali
Memakan dana besar sekali

Ku tonton semua TV dan Radio hari-hari
Tak terkecuali Utusan dan kata-kata menteri
Memuji kehebatan pencapaian tranformasi
Termasuk berkempen untuk dipilih sekali lagi


Ku terpaksa baca Harakah Daily
Agar Ku dapat maklumat kanan dan kiri
Kubanding Manifesto PR dan BN terkini
Maklumat jelas keputusan kendiri

Sodomi 1 Anwar bebas gari
Sodomi 2 pula dengan Saiful Bahri
Hakim putus buang kes sekali lagi
Tapi Sumpah laknat terus disiar TV

Kutunggu kempen PR di TV
Rupanya tak macam di US dan di UKEire
Maka Ku buka You Tube Anwar dan Hj Hadi
Baru jelas kanan dan kiri

Ku teliti kata Kit Siang dan Karpal sekali
Ku banding pencapaian Khalid dan Khir Toyo sebelum ni
Juga Koh Tsoo Koon dan Guan Eng di Penang la ni
Jelas dan terang kerana semua tertera terbukti

Kempen calun banyak ragamnya 
Ada fakta dan ada janji semata
Membela rakyat mencari harta
Beza antara akhirat dan dunia

Memilih calun dan memilih kumpulan
Memang beza dalam konteks masadepan 
Calun Islam sahaja tak dapat diharapkan
Dalam menentukan keputusan di Dewan

PRU13 salah dilibati pegawai tinggi
Tapi ketua jabatan ada berkempen bermati-mati
Pening lah kalau arahan tak selari
Itu namanya menodai demokrasi 

Ku dengar hujah ustaz Fathul Bari
Dan ku banding pula hujjah Dr Asri
Pandangan Ust Zaharudin pula mantap sekali
Menjadi penduan pemilihan PRU kali ini

Tanggungjawab rakyat turun mengundi
Di antara BN & PR kali ini
Yang mana satu menjadi pilihan nanti 
Bergantung apa yang difahami dan di hayati

Hari mengundi sudahlah tiba
Semua fakta sudah di LIHAT
Sudah ku TIMBANG sudut segala 
BULAT fikiran pilihan yang tepat

Abu Aiman
4 Mei 2013, JB-B’worth


-------------

Dalam media, macam-macam insiden semasa PRU13 ni:-





No comments:

Post a Comment