Tuesday, April 2, 2013

Ayahanda Bernikah, Alhamdulillah.





1 April 2013, hari bersejarah bagi Ayahanda Hj Md Salleh Othman apabila diizinkan ALlah bernikah dengan Ibunda Becik yang berasal dari Pekan Nenas.

Majlis ringkas tepi penuh kegembiraan dan keberkatan disaksikan oleh anak-anak dan cucu-cucu dari kedua-dua belah keluarga yang di adakan di Tmn Sri Pulai Perdana dan dinikahkan oleh Imam Saroji.

Terima Kasih semua, semoga Ayahanda dan bonda dikurniakan kesejahteraan, ksihatan berpanjangan dan dipermudahkan di dalam amal ibadah dan mendidik kami anak-anak dan cucu cicit Insya Allah.

Semoga majlis bersejarah ini juga membina kelurga yang lebih besar dan dieratkan tali persaudaraan dan ukhuwwah Islamiah.

Terima kasih juga kepada Imam Hj Saroji yang menyempurnakan majlis akad nikah.








Firman Allah swt dalam surah Rom ayat 21; "dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."






Rasulullah saw juga telah menegaskan kewajipan suami membayar maskahwin atau mahar kepada isterinya dalam sabda baginda yang bermaksud; “Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)















Sebaik-baik Perhiasan Dunia;

Rasulullah saw. sendiri termasuk orang yang mencintai wanita. Beliau bersabda, "Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan, dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat."
(HR An-Nasai dan Hakim).

Selain itu, diterangkan dalam hadis lain, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Jika ia (suami) memandangnya, dia (isteri) menyenangkannya. Jika suami memerintahkannya, dia mentaatinya. Jika suami tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan harta suaminya."
(HR Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah).

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).




No comments:

Post a Comment