Tuesday, January 24, 2012

Ahli IKRAM Dianugerah Tokoh Wanita Saudara Muslim Kebangsaan 2011 ... Tahniah Ustazah & Ustaz Ahmad Fahmi


Rabu, 11 Januari 2012 10:31

KUALA TERENGGANU – Ahli Aktif IKRAM Seberang Perai Utara Pulau Pinang, Puan Wardatul Iman Abdullah telah dianugerahkan Tokoh Wanita Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 20111 oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Othman bin Mustapha.


Anugerah tersebut telah disampaikan dalam Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2011 pada 24 Disember 2011 yang lalu di Primula Beach Hotel di sini.


Wardatul Iman yang berketurunan Sikh, merupakan guru pakar Bahasa Inggeris di Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL), Tasek Gelugor iaitu salah satu sekolah rangkaian MUSLEH. Beliau adalah isteri kepada kepada Guru Besar STAIL, Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar. Beliau juga merupakan mantan Guru Besar STAIL.

Wardatul Iman yang berkelulusan Bahasa Inggeris dan suami, Ustaz Fahmi yang berkelulusan Al-Azhar adalah antara ahli IKRAM yang mewakafkan diri untuk membangunkan STAIL yang turut dibuka untuk pelajar pra-tahfiz (5 dan 6 tahun).

Konvensyen tiga hari anjuran JAKIM ini bertujuan mempertemukan Saudara Muslim untuk bertukar-tukar pengalaman serta memperoleh maklumat yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian seorang Muslim, di samping memantapkan pengetahuan Saudara Muslim dalam memenifestasikan Islam sebagai cara hidup.


Tahniah diucapkan kepada Puan Wardatul Iman, juga kepada suami yang sentiasa menyokong usaha beliau mendidik generasi muda. Semoga menjadi contoh kepada semua sebagai wanita Saudara Muslim yang cemerlang dalam dakwah dan menyumbang jasa kepada masyarakat.

Sumber gambar: JAKIM

No comments:

Post a Comment