Sunday, June 19, 2011

Terima Kasih Anak-anak ku


Aku baru sedar apabila mendapat beberapa kiriman ucapan selamat Hari Bapa dari rakan. Kemudaian ku terima pula kiriman istimewa dari FB yang dihantar anak-anak. Aku terharu. Belum dapat rasanya ku sempurnakan kewajipan, namun ku terus mencuba bersama isteri membimbing anak-anak yang semakin membesar. Putik-putik natijah kebaikan sememang sudah mula ku lihat dan ku rasai ... imannya kelihatan terus disuburkan, begitu juga akhlak dan amal ibadahnya.

Ku harus bersyuku kepadamu ya Allah di atas keizinanmu mengecapi nikmat fikrah Islamiah yang syumul ini. kalau bukan keana itu, tentunya sukar ku menelusuri liku-liku hidup yang mencabar ini. Syukur juga kerana nikmat berada di dalam sistem tarbiyah ini. Sungguh sempurna manhaj Mu .... sehingga anak-anakmu mula mengecapi dan menikmati titisan-titisan manisan perahan manhaj tarbawi ... sebagai makanan yang akan menyuburkan kehdupan mereka itu.

Hai anak-anakku ... terus lipatgandakan usahamu meneroka pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratmu. Pelajarilah di atas kesenangan dan kepayahan di dalam perjalanan yang berliku dan berbukit bukau yang perlu kalian terus lalui. Sesungguhnya setiap kesukaran ada kebaikkannya.

Mudah-mudahan Allah terus kurniakan keizinan dan rahmatNya ... untuk istiqamah di atas jalan yang murni ini....
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment